Lubuk Pecinta Buku - Beli Online Disini!
Tahukah anda apa maksud Biblioholic? Ia bermaksud seseorang yang sangat sukakan buku. Kali ini penulis akan berkongsi beberapa kedai online yang menjual buku-buku menarik untuk anda semua. Di zaman canggih ini, anda pasti tahu segalanya hanya dihujung jari. Mungkin ada dikalangan anda yang suka singgah ke kedai buku, dan ada juga yang suka membeli diatas talian kerana mudah dan cepat. Mana satu pilihan anda? Jadi ayuh lihat senarai dibawah.
1. BOOKURVE
Diasaskan oleh dua orang rakan baik yang menggemari membaca buku falsafah, mereka bertekad untuk menjual pelbagai jenis buku dengan pilihan genra yang luas serta pada harga yang berpatutan. Buku di Bookurve juga terdiri dari tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina. Apa yang menariknya, Bookurve juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjual buku terpakai, malah, anda juga boleh trade-in dengan buku lain di laman sesawang mereka.
2. KINOKUNIYA MALAYSIA
Penulis pasti ramai telah tahu tentang kedai buku Kinokuniya yang bertapak di KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Anda juga boleh dapatkan seleksi buku-buku yang menarik di laman sesawang mereka: https://malaysia.kinokuniya.com/. Untuk pengetahuan para pembaca, Kinokuniya adalah rangkaian kedai buku terkenal yang berasal dari Jepun
3. BOOKXCESS
BookXcess terkenal dengan keunikan kedai buku di mana ramai anak-anak muda mengatakan lokasi tersebut "instagrammable". Misi BookXcess adalah untuk mencipta, memberi inspirasi dan menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat. Jika anda ingin melihat buku-buku yang dijual di BookXcess anda boleh melayari laman sesawang bookxcess.com .
4. BOOK DEPOSITORY
Pada pendapat penulis, Book Depository adalah sangat menarik kerana menawarkan lebih 20 juta buku dan mem buat penghantaran di seluruh dunia. Malah, tiada pembelian minimum diperlukan sekiranya anda membeli buku yang dihantar dari mana-mana negara. Ini seiring dengan visi mereka iaitu, "All Books Available to All".
5. MYBUKU.COM
Sekiranya ini kali pertama anda mendengar Mybuku.com, ia adalah kedai buka atas talian yang menawarkan pelbagai diskaun untuk buku-buku akademik. Sesuai untuk para pelajar sekolah, kolej atau universiti, anda boleh mendapatkan buku teks dan buku rujukan disini.
6. BOOKSNBOBS.COM
Jika anda tercari-cari buku terpakai, Books n Bobs adalah jawapannya! Ia ditubuhkan pada tahun 2019 dimana pengasasnya, Rachel sangat suka membaca dan membeli buku. Namun, harga buku yang agak mahal menyebabkan beliau mula mengumpul buku-buku terpakai. Kini terdapat lebih 1000 pilihan buku di Books n Bobs dan setiap buku dijaga dengan baik.
Harap senarai ini membantu para pembaca mencari atau membeli buku-buku yang menarik. Walaupun penggunaan buku digital mendapat sambutan yang luas pada masa kini, namun masih ada yang suka mengumpul bahan bacaan untuk dijadikan koleksi. Pada pendapat penulis, membaca buku hardcopy akan lebih menjiwai suatu bacaan dan sekali-sekala kita boleh berehat daripada gajet.
Sekiranya anda ada sebarang cadangan, anda boleh memberi ulasan di bawah. Adios!







Ulasan
Catat Ulasan