Tips Penjagaan Kulit Wajah untuk Mereka yang Bekerja


Penjagaan kulit wajah sangat penting namun adakalanya dengan kesibukan bekerja, tidak semua dapat mengikut rutin dengan sempurna. Ini menyebabkan kulit akan tampak lebih kusam dan tidak bermaya. Kulit wajah juga memerlukan penjagaan yang rapi, kulit yang kering juga adalah punca mekap anda nampak tidak sekata ya. Jadi, ayuh mulakan rutin penjagaan kulit dengan langkah-langkah yang mudah seperti dibawah ini.


1.Makeup Remover / pembersih mekap

 

Sebenarnya pencuci jenis ini tidak terhad kepada kaum wanita sahaja. Anda pernah dengan Double Cleansing? Langkah pertama adalah membersihkan kotoran diatas permukaan kulit wajah. Ada beberapa jenis makeup remover:

  • Micellar Water - Tekstur sedikit berminyak untuk melunturkan mekap tetapi tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.
  • Makeup Removal Clothes - Sejenis tisu lembap yang mengandungi bahan-bahan untuk membuang mekap.
  • Milk Cleansing - Tekstur lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit.


2.Cleanser / Pencuci Muka

Langkah kedua pula adalah Deep Cleansing iaitu membersihkan kotoran di dalam pori kulit wajah. Baik lelaki atau wanita, kedua-dua kulit wajah pasti terdedah dengan kotoran di luar sana. Sekiranya kulit anda jenis berjerawat, bahan yang pencuci muka yang terbaik adalah Salicylic Acid yang sangat bagus membersihkan kulit wajah secara mendalam. 


3.Scrub 

Scrub berfungsi sebagai pengelupas yang membuang sel-sel kulit mati di kulit wajah. Sekiranya anda merasakan kulit anda tampak kusam dan tidak bermaya, kemungkinan banyak sel-sel mati berkumpul di permukaan kulit wajah. Pilih jenis scrub yang bersifat "gentle" yang menggunakan bahan-bahan alami. Awas! ada scrub menggunakan manik-manik sintetik yang boleh melukakan kulit. 


4.Moisturizer / Pelembap

Pelembap adalah wajib dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana kulit wajah kita mudah kehilangan kelembapan akibat cuaca Malaysia yang agak panas dan hujan sepanjang hari. Kulit yang kering menyebabkan sebum menghasilkan minyak yang berlebihan sekaligus menjadikan kulit kita lebih berminyak. Selain itu, kulit kering juga menyebabkan garisan halus di muka mulai timbul.


5.Sunscreen / Pentadbir Suria

Carilah pentadbir yang mampu melindungi kulit anda dari cahaya UVA dan UVB. Kedua-dua cahaya UV ini memang tidak bagus untuk kulit wajah kita. Pentadbir suria harus dipakai tidak kira sama ada anda bekerja di luar pejabat atau di rumah pada waktu siang. 

Credit: Pinterest

Anda boleh baca artikel mengenai mitos pentadbir suria yang tidak benar. Check your facts right.

Sekiranya anda tercari-cari produk penjagaan kulit wajah yang berkualiti, dapatkan produk Meeracle disini sekarang.





Ulasan

Catatan Popular