Aplikasi Android Berguna untuk Usahawan Kecil-kecilan
Sejak pandemik melanda di negara kita, perubahan paling ketara yang berlaku adalah wujudnya lebih banyak perniagaan diatas talian dan usahawan-usahawan kecil yang mula bangkit untuk menjana pendapatan. Hal ini telah menyebabkan banyak aplikasi telah direka seiring dengan waktu agar dapat membantu usahawan bekerja lebih efisien seperti menghasilkan laporan kewangan yang lebih tepat berkenaan perniagaan mereka.
Perkara yang penulis cuba kongsikan disini adalah aplikasi berguna dari Google Play Store untuk mereka yang tercari-cari sistem untuk merekod jualan masuk dan keluar, idea pemasaran dan pengisian menarik.
1. CashBook
Pernahkah anda rasa merekod aliran duit keluar masuk di Excel adalah suatu perkara yang merenyahkan? Gunakan aplikasi ini untuk menjimatkan masa anda. Anda boleh menyimpan rekod transaksi dengan pilihan format dalam bentuk PDF dan Excel. Hanya rekod tarikh, waktu, jumlah, kategori dan nota untuk disimpan sekaligus menjadikan CashBook aplikasi yang membantu anda mengatur aliran kewangan dengan baik.
2. Startup
Aplikasi ini memberi idea-idea yang menarik jika anda masih tarcari-cari jenis perniagaan atas talian yang anda ingin ceburi. Malah, ia memberi cadangan secara terperinci dan pautan-pautan yang berguna untuk anda mulakan langkah seterusnya. Aplikasi Startup lebih menekankan peluang perniagaan berkaitan platform digital, media sosial, pemasaran atas talian dan sebagainya.
3. Client Record-Customer CRM App
Perkara paling asas dalam sesebuah perniagaan adalah maklumat klien yang berurusan dengan kita. Kebanyakan peniaga kecil biasanya tidak mempunyai rekod klien yang lengkap. Penulis rekomen anda menggunakan aplikasi seperti Client Record-Customer CRM yang mudah untuk merekod setiap maklumat klien yang penting seperti nama, alamat, nombor telefon, dan juga tambahan beberapa perkara yang memudahkan anda untuk rujuk kembali pada masa akan datang. Segala maklumat di dalam aplikasi ini juga boleh dieksport dalam bentu "CSV File". Terdapat applikasi lain juga yang anda boleh carikan seperti "Pocket CRM - Customers & Leads" dan "Leader CRM Leads Sales Tracker".
4. Adobe Scan: PDF Scanner, OCR







Ulasan
Catat Ulasan