Ciri-Ciri Wanita yang Menarik Perhatian Para Lelaki

Mungkin ada wanita diluar sana tertanya-tanya apakah yang membuatkan para lelaki tertarik dengan mereka. Kecantikkan seseorang adalah subjektif, oleh itu kecantikkan wajah bukanlah satu-satunya perkara yang perlu dititikberatkan. Ada banyak perkara yang perlu dipandang contohnya, penampilan diri, cara pemikiran dan sikap wanita tersebut dengan orang disekelilingnya. Baca ciri-ciri dibawah untuk tahu lebih lanjut.


1. Kematangan

Wanita yang matang tidak semestinya bererti wanita yang mampu membuat keputusan dalam semua perkara. Kematangan yang dimaksudkan adalah wanita yang tidak terlalu bergantung semua perkara kepada pasangan. Anda pernah dengar perkataan "Bimbo"? Bayangkan anda mempunyai pasangan yang terlalu mengawal gerak-geri anda dan tidak mampu berbuat apa-apa tanpa anda, pasti anda akan rimas di kemudian hari. Wanita yang matang adalah wanita yang tahu bila perlu menjaga sikap, pemikiran, dan percakapan mereka apabila bersama-sama dengan orang yang mereka kenali.

Antara tanda-tanda seseorang itu matang:

  • Tidak mudah marah dengan perkara-perkara kecil
  • Lebih suka melakukan aktiviti yang menenangkan pemikiran
  • Hormat pendapat orang lain walaupun anda tidak setuju
  • Lebih suka berdiam dari melibatkan diri daripada pergaduhan yang tidak bermanfaat
  • Tidak menjadikan kebahagiaan orang lain sebagai ukuran kebahagiaan diri sendiri


2. Kejujuran

Lelaki suka wanita yang bersikap jujur dan hal ini penting apabila pasangan menginginkan hubungan yang kekal lama. Tidak dinafikan banyak isu timbul akibat salah satu pasangan tidak jujur serta enggan membincangkan masalah yang dialami mereka. Sikap ini juga akan membantu mereka untuk lebih bersedia menghadapi segala dugaan dalam perhubungan pada masa akan datang. 

Menurut kajian yang dibuat oleh Kerstin Grosch dan Holger A. Rau (2017) mengenai perbezaan kejujuran mengikut jantina, wanita lebih cenderung untuk bersikap jujur kerana mereka lebih memikirkan akibat yang akan ditanggung sekiranya mereka menipu dengan orang lain. Kesimpulannya, wanita harus mendidik diri mereka dengan sikap yang baik ini supaya pasangan atau orang lain percaya kepada diri mereka.


3.Meniru Perbuatan Pasangan Anda (Mirroring)

Pada dasarnya, "mirroring" adalah meniru perbuatan dari segi percakapan dan tingkah laku seseorang sama ada secara sedar atau tidak. Lelaki tertarik dengan wanita yang bersikap "mirroring" kerana ia menunjukkan kesungguhan wanita untuk memahami mereka dengan lebih mendalam. 

Sebagai contoh, anda mengulangi perkataan yang mereka gunakan dan bertanya supaya mereka menerangkan apa yang mereka cuba sampaikan, tetapi awas, sekiranya anda buat secara berlebihan ia akan membuatkan pasangan anda tidak selesa. Perlakuan meniru isyarat tubuh badan seperti anda menongkat dagu ketika pasangan anda melakukan perkara yang sama juga menarik perhatian mereka.


4.Bijak Bergaya

 Credit: Pinterest

Wanita yang pandai mengenakan sesuatu gaya mengikut keadaan akan menarik perhatian lelaki. Ia juga bertujuan membuatkan wanita rasa lebih berkeyakinan kemana sahaja mereka pergi. Sebenarnya, anyak keblebihan untuk mereka yang bijak bergaya. Menurut therachelreview.com, penampilan yang bagus akan meningkatkan emosi yang baik selain menggalakkan kreativiti dan fahami setiap risiko yang kita ambil apabila kita menentukan gaya kita pada hari tersebut.


Kesimpulannya, kaum wanita seharusnya pandai membawa diri, tidak perlu fokus untuk menarik perhatian lelaki semata-mata. Jadi diri sendiri dan hargailah apa yang telah dikurniakan untuk anda. Ciri-ciri yang telah dinyatakan diatas hanyalah sebahagian kecil sahaja mengenai wanita. Diharapkan perkongsian bermanfaat kepada anda semua.






Ulasan

Catatan Popular