Gedung Perabot dan Dekorasi Rumah - Beli Online Di Sini!

Sudah menjadi satu trend dimana ramai yang suka mengemaskini gambar-gambar dekorasi luar dan dalam rumah. Mereka juga suka berkongsi tips menarik seperti cara deko gaya minimalis atau English Style. 

Mungkin ramai sudah tahu kewujudan gedung perabot dan dekorasi rumah yang besar seperti Ikea. Artikel Blog kali ini berkongsi stor atau gedung selain Ikea yang turut menjual pelbagai jenis perabot dan dekorasi menarik selain untuk para pembaca. 



1. Ruma-Home


                                                     Sebahagian perabot yang dijual di Ruma.

Ruma sangat menitikberatkan rekabentuk yang lebih urban, moden dan kosmopolitan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Apa yang menariknya, Ruma juga menawarkan servis mengubahsuai saiz produk agar bersesuaian dengan ruang rumah anda. Ada banyak kategori perabot yang anda boleh dapati di ruma-home.com seperti perabot untuk ruang tamu, ruang makan, ruang kerja, perhiasan dinding, karpet, ruang kanak-kanak dan sebagainya.

Instagram: Ruma-Home Living


2. Mumu Living

Mumu Living menawarkan perabot dan dekorasi rumah yang serba moden. Anda boleh datang ke bilik pameran Mumu Living yang terletak di Shah Alam, cawangan di Batu Pahat dan juga di Masai, Johor. nda juga boleh membeli perabot dan dekorasi dengan melayari laman sesawang mumuliving.com. Mereka juga akan mengeluarkan secara purata sebanyak 70 perabot baru pada setiap bulan. Pada pendapat penulis, reka bentuk sofa, rak kasut dan meja makan dari Mumu Living sangat moden dan unik. 

Instagram: mumuliving


3. Fortytwo

Shop By Look dari Fortytwo

Di fortytwo.my, anda boleh membeli-belah perabot rumah dengan memilih jenis gaya dekorasi yang anda minati seperti gaya Pop atau Kontemporari. Pada pendapat penulis, hal ini akan memudahkan pembeli mengenalpasti jenis-jenis perabot dan dekorasi yang sesuai dengan gaya tersebut. 

Kabinet dapur untuk gaya Mid Century Modern dari Fortytwo

2-Seater Sofa berwarna Maroon untuk gaya Scandinavian 

FortyTwo adalah sebuah syarikat yang berasal dari Singapura dan telah ditubuhkan hampir 15 tahun. Lebih 300,000 pelanggan berpuas hati dengan produk mereka. Ia juga beroperasi secara atas talian sahaja. 



4. Rockwood Furniture KL

Bagi pecinta perabot kayu, anda boleh mencari pelbagai jenis perabot yang direka menggunakan kayu jati lama atau baru yang sesuai untuk anda di sini. Rockwood telah lama bertapak di Kuala Lumpur sejak penubuhannya pada tahun 1988. Ia dibuka 6 hari seminggu termasuk hari cuti awam. 

Instagram: Rockwood Furniture KL
 


5. Kantan Kollektiv

Anda peminat perabot atau dekorasi rotan? Kantan Kollektiv adalah jawapannya. Reka bentuk yang mengutamakan budaya timur dan barat, sekaligus menghasilkan produk bersumberkan rotan yang unik dan elegan. 

Sumber: Kollektiv Kantan. Rekabentuk Rosa Cabinet ini sangat unik dan menambahkan
gaya klasik untuk dekorasi di rumah.



Instagram: Kantan Kollektiv




Ulasan

Catatan Popular