Jenama Tempatan untuk Fesyen Muslimah

Blog  kali ini penulis ingin berkongsi gaya untuk wanita bekerjaya dan santai #OOTD atau nama lainnya Outfit of the Day yang sesuai untuk mereka yang berhijabTerdapat banyak usahawan tempatan yang sebenarnya menjual pelbagai jenis pakaian untuk mereka yang suka bergaya sederhana (modest) dan juga para muslimah di luar sana. 

Oleh itu, penulis mengutamakan jenama-jenama tempatan sebagai tanda sokongan kepada para pereka bentuk dan usahawan di Malaysia. Para pembaca juga boleh melakukan perkara yang sama dengan melayari laman sesawang yang penulis kongsi di akhir artikel blog ini.

Ini adalah gaya pilihan penulis. Bukan saja nampak elegan, gaya ini juga kelihatan lebih selesa.

Warna selendang memainkan peranan penting dalam gaya ini. Jika pembaca inginkan warna yang selamat, warna Brick menjadi pilihan. Jika pembaca inginkan kelainan atau warna kontra tetapi tidak terlalu keterlaluan warna Agata Green adalah jawapannya.


Penulis berharap blog ini dapat membantu para wanita diluar sana yang mungkin mencari idea gaya yang sesuai di pejabat mahupun di luar. Berikut adalah laman sesawang jenama-jenama untuk rujukan para pembaca:

1. Blouse dan seluar - Ayuyahya.com
2. Selendang -  Laman rasmi Sofearsose
4. Beg Akzen - Modanisa
5. Selendang dan Jeans gaya santai - Poplook
6. Sandal - happy2u.my
7. Beg silang - anamida.com
8. Cermin mata hitam - Zalora


Sekiranya anda mempunyai sebarang pendapat, anda boleh hantar di ruangan ulasan dibawah. Anda dialu-alukan untuk turut berkongsi jenama-jenama tempatan yang mungkin masih lagi tidak diketahui umum. Bersama-samalah kita menaikkan perniagaan tempatan secara tidak langsung membantu mengubah ekonomi Malaysia walaupun pada skala yang kecil. Terima kasih.
















Ulasan

Catatan Popular