Tukar Kerjaya? Jom Baca Tips Berguna untuk Anda Disini!


Pernah tak anda terfikir untuk berhenti kerja dan berpindah di tempat baru serta mulakan hidup yang baru? Bukan anda seorang sahaja berfikiran begitu, malah ramai juga yang mengalami dilema tukar kerjaya disebabkan pelbagai faktor seperti berpindah, diberhentikan kerja ketika pandemik dan mungkin juga tidak selesa dengan tempat kerja sekarang. Tidak kurang juga ada yang berpendapat sangat sukar mencari pekerjaan baru disebabkan bimbang dengan komitmen yang sedia ada dan juga persaingan yang tinggi. 

Jadi, apa perlu anda buat sekiranya anda memang tekad untuk mengubah haluan kerjaya anda? Jom baca tips menarik untuk anda di bawah.


1.Rancang apakah kerjaya yang anda ingin ceburi

Ini adalah perkara yang sangat penting! Anda ingin menukar kerjaya tetapi anda tiada arah tuju yang pasti? Fikirkanlah mulai sekarang. Sekiranya kerjaya sekarang tidak membuatkan anda gembira atau bersemangat, cuba senaraikan apa kelebihan dan kekurangan anda. 

Cuba anda lakukan penilaian kareer di https://www.truity.com/ yang membantu anda mengenali apa yang anda minat serta pekerjaan apa yang sesuai dengan anda. Luangkan masa dan banyakkan bersabar untuk menjawab soalan-soalan supaya anda dapat keputusan yang lebih tepat.


2. Pastikan anda merancang kewangan anda dengan baik.

Tidak kisah sekiranya berpindah atau menetap di tempat yang sama, lihat simpanan wang anda yang terkini. Adakah ia mengcukupi untuk membayar perbelanjaan atau melunaskan hutang-hutang anda dalam masa 3 hingga 6 bulan? Cuba anda semak:

  • Baki simpanan dalam bank anda
  • Anda ada ambil Insurans? Semak dengan agen adakah insurans anda memiliki kelebihan seperti "Cash Value". Ini adalah wang yang anda boleh keluarkan bila-bila masa (bukan untuk medical claim, ia sejenis insurans yang mempunyai "investment")
  • Baki simpanan akaun pelaburan seperti ASB dan Tabung Haji
  • Akaun pelaburan seperti CDS (Central Depository System Account) untuk pembelian stok atau shares syarikat.

Jika tidak cukup, anda perlu lakukan "Back-up" plan dan menilai apakah perbelanjaan yang perlu dan tidak diperlukan. Sekirangya anda tiada akaun selain akaun simpanan (bullet no.1), mungkin anda sudah boleh merancang untuk membuka akaun lain yamg membantu anda menjana pendapatan pasif seperti akaun-akaun lain yang dinyatakan diatas.


3.Ubah gaya hidup anda

Ini adalah hal yang sangat sukar dilakukan kerana perkara seperti perbelanjaan bulanan telah menjadi sebahgian diri kita seperti membeli pakaian gaya terkini atau minum di kafe hipster. Sekiranya anda tahu anda bakal tiada kerja untuk masa beberapa bulan, anda perlu mengurangkan perbelanjaan yang bukan kategori barang-barang atau keperluan asas. Cuba anda baca senarai-senarai perbelanjan dibawah, ini adalah perkara yang perlu anda ingat ketika berbelanja.


Setiap individu mempunyai senarai perbelanjaan yang berbeza, jadi cuba anda senaraikan apakah perkara yang anda harus bayar secara bulanan dan darabkan selama 6 bulan. Bandingkan dengan baki simpanan anda. Ini adalah sejumlah wang yang anda perlu ada atau "standby" sementara menunggu pekerjaan baru. Lihat apakah perbelanjaan yang harus dikurangkan untuk anda bertahan selama beberapa bulan. 


4.Kemaskini profil dan resume anda 

Jangan lupa kemaskini profil anda sekiranya anda mempunyai akaun Linkedin, Facebook atau seumpamanya, hal ini kerana pihak sumber manusia juga mungkin akan mencari profil anda di media sosial untuk melihat personaliti anda. Anda perlu ingat mereka juga ingin tahu bagaimana personaliti anda diluar selain waktu ditemuduga. Sekiranya anda berpindah, jangan lupa kemaskini alamat terbaru di resume anda. Pastikan segala dokumen penting anda seperti sijil, surat kontrak pekerjaan yang lepas dan slip gaji disimpan rapi supaya senang untuk anda rujuk untuk memohon pekerjaan lain.


5.Berlatih Temuduga dengan Google - Interview Warmup

Mungkin ada dikalangan anda sudah lama tidak menghadiri sebarang temuduga, dan anda ingin berlatih tetapi tidak pasti hendak berlatih dengan sesiapa. Anda boleh cuba berlatih disini: https://grow.google/certificates/interview-warmup/

Ini adalah aplikasi dari Google dimana anda boleh merakam suara dan aplikasi ini akan menukarkan suara yang dirakam kepada transkrip supaya anda boleh membaca jawapan anda. Disini juga anda boleh melihat tips yang diberikan supaya anda boleh melatih memberi jawapan yang lebih bagus ketika ditemuduga nanti. 


Harap tips diatas dapat membantu anda mencari kerjaya yang diidam-idamkan. Jangan takut untuk bersaing diluar sana walaupun peluang anda tidak capai 100% tetapi dengan usaha yang berterusan, tidak mustahil untuk anda kejar cita-cita anda.

Terima kasih kerana membaca!


Ulasan

Catatan Popular